Followers

ayu

assalamualaikum hampa semua :') . follow blog ayu tau . nanti ayu follow balik .

(◕‿-)

Sunday, December 15, 2013

BALIK KAMPUNG KUTIP DURIAN :D


Hai :) Hari ni nak cerita pasal balik kampung :) jumaat lepas family ayu (kecuali along) balik kampung belah ayah ayu dekat padang rengas , kuala kangsar . Ada majlis kahwin anak pak lang ayu . Kira sepupu ayu lah kahwin :) Tahniah sebab dah kahwin :) Alhamdulillah .

Petang jumaat tu bertolak ke taiping pergi rumah pak lang ayu . Bermalam di sana . Malam tu ada akad nikah . Family ayu semua pergi kecuali adik ayu ,fahmi . Dia duk rumah dengan sepupu ayu yang lain . Menikah dekat Anak Kurau (rasa nya lah) . Menaikah dekat masjid . Dengan sekali lafaz diorang sah jadi suami isteri :)  

Balik tu , ayu tengok running man episod 148 dengan adik ayu , aisyah dah fahmi . Kita orang bertiga lepak lahh depan tv . Running man tu habis dalam pukul 1.30 pagi macam tu lahh . Lepas dah habis kitaorang tidur lahh . Tapi ayu tidur lambat lagi dalam pukul 3 rasa nya . sebab ? entah lah ~ tak dikenal pasti sebab apa . haha ~ 

Esok nya ayu bangun lambat lahh jugak . tapi tak da lahh lambat sangat :) Sabtu tu ada kenduri dekat sebelah perempuan . ayu dan family serta saudara yang lain pergi lah bersama -sama . ayu ingat kan nak lari dari bawak barang hantaran tapi telah disuruh oleh mak we (mak saudara) . Nak tak nak kena bawa juga :) Masa tu ayu pakai baju hitam dengan kain kembang payung nya . memang susah lahh nak berjalan . Ishh nasib baik tak jatuh kalau tak buat lawak je , hahaha :P Lepas tu pergi makan dan balik.  On the way nak balik tu singgah lah kat rumah ayah ayu kat Taman Kota Wira di taiping Perak . tak singgah lama pun sebab kereta ayah ayu ada barang hantaran tu lahh dan yang paling lawak sepanjang perjalanan nak pergi rumah pak lang ayu kena pegang tempat bunga telur tu . Please bayang kan ? hahah :P 

Petang tu nak balik kampung dekat Kampung Keruh Hilir , Padang Rengas . Sebelum tu sempat lah menyinggah di pasar malam area taiping tu . Jalan-jalan lepas tu lepak dekat kedai makan sate dulu . lepas tu pulang lah ke kampung tu . Dekat kampung tu ayu tak boleh tidur kut ~ sebab apa ? macam-mcam sebab lahh . Dah tak boleh tidur ayu bangun lahh sambil usha orang lain tidur . haha .Dalam pukul 6 pagi macam tu ayu pergi lahh lepak dekat luar rumah sorang-sorang . Duduk luar tu hirup udara segar . Lepas tu dalam pukul 7.30 pagi ayu pergi tidur sampai pukul 11.00 pagi . Lenaa ayu tidur :D 

Dalam pukul 12.00 macam tu ayu pergi tolong kutip manggis :) buah favourite ayu tu . Mengutip buah manggis bersama aisyah dan farah :) Lepas tu pergi makan tengah hari . pukul 3.30 macam tu ayu pergi tidur sebab dah tak da kerja nak buat . Cuaca masa tu dah lah hujan , memang lena lahh tidur . Bangun tidur dalam pukul 4.30 petang . Ayu keluar dan pergi cari durian di dusun bersama ayah ayu , aisyah dan farah . Banyak jugak lahh ayu kutip . Best , pengalaman baru :) 

Petang tu jugak kitaorang kena balik Besout sebab esok ayah dan ma ayu kerja . KIta orang siap-siap . Pukul 5.15 petang kami bertolak balik ke Besout . Family Mak su dengan Family Cik ani balik petang tu jugak tapi lambat sikit sebab diorang tak siap packing lagi . Nak balik tu jalan memang jammed lahh . Kesian ayah ayu sebab bawak kereta tapi nasib baik kereta auto. ayu dan adik-adik tidur di belakang :)  tapi kan waktu jaln jammed dekat mana entah ada lah seorang mamat tu lambai-lambai tangan kat ayu . haha macam lawak je . 

Dalam pukul 8.30 malam tu ayu sampai kat rumah . Samapi rumah  je terus online dan update kat sini . okay lahh dah penat menaip . Bye , Assalamualaikum :) 

*Doa kan ayu dan batch96 dapat result yang cemerlang dalam SPM 2013*



ikhlas dari ayu 9A+ in SPM 2013,     


















ayu masa majlis akad nikah :D

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum dh bce an kalo rjin komen larh kalo dh mlas sngt like pown jdilarh ..hehe

like